Sunday 10 June 2012

Selamat Menjalankan Tugas

Majlis Penyerahan Tugas Nazir Masjid As-Syarif

Alhamdulillah,pada 7 Jun 2012 yang lalu,telah diadakan Mesyuarat dan Majlis Penyerahan Tugas Pegawai Dan Ahlijawatankuasa Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting bagi tempoh 1 Jun 2012 hingga 31 Me1 2015.Alhamdulillah,majlis telah berjalan dengan lancar dan teratur.
Pada malam berkenaan,Mantan Nazir,Ybhg Tn.Hj, Sanusi bin Sojo,telah menyerahkan tugas kepada Tuan Nazir yang baru,Ybhg Tn.Hj.Mohd Arif bin Saring.
Penyerahan tugas Setiausaha Masjid As-Syarif

Sementara itu,di dalam ucapan oleh mantan Nazir As-Syarif,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh AJK lama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menguruskan rumah Allah serta beliau berharap agar program-program yang sedia ada,diteruskan dan ditambah baik.Beliau juga merakamkan ucapan TAHNIAH kepada barisan Pegawai dan AJK Masjid As-Syarif yang baru dilantik.
Manakala dalam ucapan balas Tuan Nazir,beliau juga berharap agar Jawatankuasa yang dilantik pada sesi kali ini agar menjalankan tugas serta amanah yang telah diberikan dengan baik kerana ALLAH dan beliau berharap agar mana-mana program yang lemah ditambah baik demi kepentingan anak kariah Taman Seri Telok Datok.

Wassalam.

1 comment:

  1. MashaAllah great, You are awesome.
    Also, Please check out my game Traffic Racing .
    Thanks

    ReplyDelete