Thursday, 28 June 2012

Gara-gara takpelah ni...


arak membinasakan manusia...

Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata "Anak-anak Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi tetapi mereka mendurhakaiMu". Allah SWT berkata "Kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga,nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga". Para Malaikat menjawab "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami mendurhakaiMu!". Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi.Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan meminum arak.Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yangdiperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang.Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi,apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku keatas diriku". Jawab rakannya "Benar". Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya.Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata "Baiklah!Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT.Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya.Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan.Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak".Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ,lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan,dalam keadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang ditunjukan wanita jelita tersebut.Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Kadang-kadang ada orang Islam yang tanpa segansilu minum arak di khalayak ramai malah mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. Begitulah kuatnya pengaruh arak sehinggakan Malaikat yang soleh dan dibeklakan syahwat dan kehendak seperti manusia juga akhirnya tumpas. Apakah manusia tidak mahu insaf dari meminum arak?Walaupun tahu arak itu memudaratkan, mengapa masih meminumnya?Wallah hu a'lam….--"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"




Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

No comments:

Post a Comment