Binaan
Masjid ini dibina becorakkan melayu moden dimana satu menara tinggi dibina diluar bangunan. Walaupun tiada kubah besar dibahagian bumbungnya, namun ianya telah ditinggikan dan dihiasi dengan logo bulan bintang dipuncaknya.
Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan asbestos.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani kuning didalamnya yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.
Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir , van jenazah dan urusan jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin, tempat wuduk dan bilik mesyuarat.
Keistimewaan
Masjid ini mempunyai banyak program-program kuliah harian dan ceramah untuk para jemaah.
Masjid ini mempunyai dekorasi luaran yang cantik dan dihiasi dengan pokok bunga kertas bagi keselesaan para jemaahnya.
Maklumat Lanjut
No Daftar: MY-10-KL-00109Nama Masjid: MASJID AS SYARIF
Alamat: TAMAN SERI TELOK DATOK, 42700 BANTING, KUALA LANGAT
Email : masjidassyarif.td@gmail.com
Maklumat Imam
Hj. Sajuni B. JumaronHj.Sanusi B. Sojo
Mohd Samhanul Rafhan B. Sanusi
MashaAllah kia hi baat ha ...
ReplyDeleteAlso, Please check out my game Traffic Racing .
Thanks