Saturday 30 June 2012

Jadual Kelas pelajar SPM 2012



Mata Pelajaran
Hari
Masa
Guru
Matematik SPM
Sabtu malam Ahad
8:00-10:00 malam
Cikgu Adibah bt.Azmi
Matematik Tambahan SPM
Ahad
11:00 pagi-1:00 petang
Cikgu Adibah bt.Azmi
Bahasa Inggeris SPM
Ahad malam Isnin
8:00-10:00 malam
Cikgu Kamariah bt.Ludin
 Tempat : Dewan Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok.

Mesyuarat Pegawai dan AJK Masjid As-Syarif Kali 1/2012


Alhamdulillah..
Mesyuarat Pegawai dan AJK Masjid As-Syarif Kali 1/2012 telah selamat dilaksanakan pada 29 Jun 2012 yang lalu.Pelbagai cadangan serta program telah dibincangkan pada malam tersebut.Terutama program menjelangnya bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak berapa lama lagi,InsyaAllah..
Dalam ucapan Tuan Nazir,beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga beliau juga memberikan penghargaan kepada barisan pemuda yang telah membantu Siak di dalam kerja-kerja pembersihan masjid tempoh hari OPERASI 1 PAGI.
Mesyuarat juga telah memutuskan agar biro-biro seperti berikut diwujudkan:
  1. Biro Pembangunan
  2. Biro Kewangan
  3. Biro Kebajikan
  4. Biro Dakwah
  5. Biro Nahi-Mungkar
  6. Biro Wakaf
  7. Biro Pemuda/Helwa
  8. Biro Keceriaan/Keselamatan/Kebersihan

Friday 29 June 2012

Kaum Adam mesti tau....

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat

الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam,
 keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Hari Jumaat adalah hari yang paling agung daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam 
sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. 
Daripada Abu Lubabah bin 'Abdul Mundzir Radhiallahu 'anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
ِMaksudnya: "Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, 
dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri..."


(Hadits riwayat Ibnu Majah)


Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu 'ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, 
bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala 
di dalam al-Qur'an, sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, 
maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) 
dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu,
 jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
(Surah al-Jumu'ah: 9)


Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah
Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan 
sembahyang berjemaah 
adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit 
atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid 
atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika 
dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.


Namun bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan
 sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang keuzuran? 
Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar'i 
adalah perbuatan dosa dan 
melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, 
hatinya akan dicap oleh Allah sebagai 
hati orang munafiq.


Abu al-Ja'di adh-Dhamriy Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam 
bersabda:
Maksudnya:"Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq."
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)


Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma, beliau berkata:


Maksudnya:"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka 
dia telah membuang Islam itu 
di belakangnya (meninggalkannya)."
(Hadits riwayat Abu Ya'la)


Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahhu 'anhu bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam 
pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:


Maksudnya:"Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan 
beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) 
yang meninggalkan sembahyang Jumaat."


(Hadits riwayat Muslim)


Oleh itu, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat janganlah sekali-kali meninggalkan 
sembahyang fardhu Jumaat melainkan ada keuzuran syar'i. Ini kerana perbuatan itu adalah melanggar
perintah Allah dan orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga kali 
berturut-turut dicap sebagai orang munafiq.


Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2011/bil9-2011.pdf




Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

Program mingguan



Assalamuailakum dan salam sejahtera kepada semua, syukur alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya. Ucapan syukur juga kerana diberikan peluang untuk saya berkongsikan sebuah lagi artikel menarik buat anda semua.
Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Jika sebelum ini saya kongsikan barisan manusia menuju ke akhirat, kali ini saya kongsikan beberapa khasiat membaca surah Yasin yang telah saya temui melalui perkongsian rakan-rakan di Facebook. Terima kasih kerana menggunakan jaringan sosial itu dengan sebaik mungkin.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan." Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali."
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya."
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.




Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

Thursday 28 June 2012

Gara-gara takpelah ni...


arak membinasakan manusia...

Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata "Anak-anak Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi tetapi mereka mendurhakaiMu". Allah SWT berkata "Kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga,nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga". Para Malaikat menjawab "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami mendurhakaiMu!". Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi.Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan meminum arak.Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yangdiperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang.Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi,apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku keatas diriku". Jawab rakannya "Benar". Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya.Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata "Baiklah!Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT.Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya.Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan.Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak".Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ,lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan,dalam keadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang ditunjukan wanita jelita tersebut.Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Kadang-kadang ada orang Islam yang tanpa segansilu minum arak di khalayak ramai malah mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. Begitulah kuatnya pengaruh arak sehinggakan Malaikat yang soleh dan dibeklakan syahwat dan kehendak seperti manusia juga akhirnya tumpas. Apakah manusia tidak mahu insaf dari meminum arak?Walaupun tahu arak itu memudaratkan, mengapa masih meminumnya?Wallah hu a'lam….--"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"




Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

Monday 25 June 2012

Alhamdulillah..



alhamdulillah..Masjid as-Syarif kini sedang dalam kerja-kerja penyelenggaraan,yang mana rosak telah dan sedang  diganti,yang mana lama telah diperbaharui..mudah-mudahan dengan imej yang baru itu nanti ianya akan menarik lebih ramai lagi umat Islam hadir mengimarahkan masjid terutamanya generasi muda,InsyaAllah


Sunday 24 June 2012

Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban

 


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
 
(al-Bukhari)
Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat

Thursday 21 June 2012

Kisah Unta dan Abu Jahal


Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.

Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.

Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disadari oleh baginda. 

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."

Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disadari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiba-tiba saja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."
Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.




Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

Wednesday 20 June 2012

Ceramah Israk Mikraj

Ustaz Marzuki Burhanuddin

Syukur Alhamdulillah,selesai sudah Ceramah Agama sempena Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hj.Marzuki Burhanuddin.
Dalam ceramahnya,beliau telah menerangkan pengertian Israk Mikraj,dan hendaklah kita sebagai "hamba"Allah swt yakin dan mempercayai bahawa peristiwa Israk Mikraj ini sememangnya berlaku.Ianya juga merupakan KEMUNCAK dakwah Rasulullah saw dalam menyebarkan ajaran Islam.
Secara dasarnya,apa yang kita dapat pelajari daripada peristiwa Israk dan Mikraj itu ialah,solat, iman juga amalan.Menurut kata Ustaz lagi,ketiga-tiga elemen tersebut merangkumi rukun Iman dan Islam dan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai "hamba"Allah..Peristiwa Israk Mikraj yang dialami sendiri oleh Nabi s.a.w dengan jasad dan tubuhnya ini adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam waktu yang singkat cuma 1/3 malam. Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa bukanlah suatu jarak yang dekat, lebih-lebih lagi naik ke langit hingga ke langit yang ke tujuh. Kemudian banyak peristiwa dialami dan banyak pula pemandangan yang dapat dilihat oleh baginda terutamanya kenikmatan di syurga dan juga berbagai bentuk penyiksaan di neraka.
bi

Kita di mana?


Orang Bertaqwa Mendapat Pertolongan Allah Ketika Titian Sirat


Sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Mariam ayat 71)

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal solih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus."

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: "…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa'daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa "Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t"

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah s.w.t. dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar." (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadhannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra' yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,"Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya." Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Sekatan Keenam : Mengenai wudhu' dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wudhu'nya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wudhu'nya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.

Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.


Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.

* Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
* Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
* Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk
* Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:

Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Sirat. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; "Wahai Muhammad!", dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata; "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


Sahabat yang dikasihi,

Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki Syurga Allah s.w.t. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?

Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan Nabi s.a.w tetapi dalam keadaan yang amat azab.

Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah ruginya kita bila bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada amalan yang dapat membantu dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.


Hanya jiwa yang beriman dan bertaqwa sahaja akan terselamat daripada azab yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.




Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting