Tuesday 17 December 2013

TAHSIN SOLAT 2013

Kem Tahsin Solat 2013 buat julung kalinya akan diadakan di Masjid As-Syarif Telok Datok pada 19 Disember 2013 ini dari jam 7.30 pagi hingga waktu Zohor.
Kem ini diadakan untuk memberi pendedahan secara teori dan amali tentang solat secara langsung kepada para anak kariah khususnya.
Sehingga kini, maklum balas yang diterima amat menggalakan dan admin jangkakan penyertaan adalah di luar jangkaan.
Insya Allah...kepada yang masih belum daftarkan diri, samada untuk anak atau diri sendiri, bolehlah berbuat demikian pada hari berkenaan.
Wassalam.


Setiausaha Masjid As-Syarif Telok Datok

Wednesday 13 November 2013

Anak muda pula...

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini lah yang berlaku dikariah Masjid As-Syarif. Tanpa disuruh dan tanpa meminta "habuan" anak-anak muda berusia 9 hingga 16 tahun dengan sukarelanya telah berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran masjid pada Sabtu 9 November yang lalu.
Syabas anak mudam


SETIAUSAHA MASJID AS-SYARIF TELOK DATOK

Wednesday 16 October 2013

Nazir bawa parang........

Sebahagian daripada lembu-lembu yang akan di qurbankan

11 Dzulhijjah 1434H ( 15 Oktober 2013 ) merupakan tarikh dan hari yang bersejarah buat warga Masjid As-Syarif Telok Datok Banting pabila buat julung kalinya, sebanyak 13 ekor lembu telah dikorbankan. Syukur alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang "amat luar biasa" dan penyertaan golongan muda sememangnya amat menggalakkan.
Pada awalnya,jawatankuasa menganggarkan lembu yang terakhir akan disembelih serta dilapah dagingnya sekitar jam 4.00 petang, namun selesai menjelangnya pukul 1.30 petang. Syukur alhamdulillah.
Salah seorang peserta Qurban 1434 H

Sebahagian daripada petugas melapah daging lembu menanti dengan penuh sabar
Tuan Nazir yang sporting sekali bergambar bersama isteri tersayang,alhamdulilah.
Nazir bersama rakan-rakan muda Masjid As-Syarif
Tuan Siak 1 Masjid As-Syarif bersama anaj cucu beliau.
Kaum wanita sedang menyediakan bahan-bahan untuk membuat sup tulang

Thursday 3 October 2013

BAHAYA sikap takbur dan sombong

Sifat takbur atau membesar diri adalah sifat yang hanya layak untuk Allah SWT dengan segala sifat kesempurnaan yang ada pada - Nya, sifat ini membesari diri ini adalah sesuai dan layak bagi zat Allah. Bahkan ia adalah sifat sempurna yang wajib ada pada - Nya

KhutbahJumaat(Rumi)04102013 by MasjidAsSyarif

Friday 27 September 2013

Khutbah Jumaat : " TABUNG HAJI PERKASA UMMAH "

KhutbahJumaat(Rumi)27092013

Seruan haji telah bermula dan umat Islam telah mula berangkat ke Tanah Suci Mekah. Oleh itu kita mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji. Semoga dapat pulang ke tanah air dengan selamat dan mendapat haji yang mabrur. Kita amat beruntung kerana urusan haji diuruskan dengan baik oleh Tabung Haji. Maka bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan Tabung Haji pada tanggal 30 September 1963, mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk “TABUNG HAJI MEMPERKASA UMMAH”.

Friday 20 September 2013

Program Qurban dan Aqiqah 1434H/2013


Khutbah Jumaat : 20 September 2013

Menyahut seruan haji

Alhamdulillah..selesai

Jawatankuasa bersama dengan YDM Orang Besar Daerah Kuala Langat

Syukur Alhamdulillah, pada tanggal 19 September 2013, Masjid As-Syarif Telok Datok, telah pun selesai mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi kali yang ke-22. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDM Raja Dato' Haji Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat.

Mesyuarat berlangsung hampir2 jam ini telah membincangkan perkara-perkara yang bermanfaat terutama bagaimana menarik minat golongan belia untuk mengimarahkan lagi masjid.
Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar dan baik.
Imam 1 Masjid As-Syarif mengetuai bacaan doa

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat, kepada anak kariah yang hadir, Nazir serta barisan jawatankuasa pentadbiran dan pengurusan masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.
Segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt.

Wednesday 18 September 2013

MESYUARAT AGUNG kali ke 22



Aturcara Majlis:-

7:30 MALAM                          Para jemaah mengambil tempat.
                                               Bacaan doa oleh :
Tuan Haji Sajuni bin Jumaron
( Imam 1,Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting)

7:50 MALAM                          Ucapan aluan Pengerusi,Tuan Nazir Masjid As-Syarif
                                               Tuan Haji Mohd Arif bin Saring

8:00 MALAM                          Ucapan perasmian Mesyuarat Agung ke-22 oleh:-
                                               YDM RAJA DATO HJ.UZAIR BIN TENGKU ZAINON RASHID SHAH
                                               Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya,
                                               Orang Besar Daerah Kuala Langat

8:10 MALAM                          Mesyuarat agung dimulakan

                                               Agenda :-
                                                                                                        I.            Bacaan Surah Al-Fatehah
                                                                                                      II.            Pesanan dan aluan Tuan Nazir/Pengerusi Mesyuarat
                                                                                                    III.            Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan ke 21 yang telah diadakan pada 17 Mei 2012,Khamis
                                                                                                    IV.            Perkara berbangkit
                                                                                                      V.            Pembentangan laporan biro-biro/Lajnah
                                                                                                    VI.            Membentang dan menerima penyata kewangan 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012
                                                                                                  VII.            Usul/Cadangan
                                                                                                VIII.            Penangguhan

9:00 MALAM                          Solat Isyak

9:30 MALAM                          Jamuan makan.

Wednesday 11 September 2013

HAJI 2013


Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci pada tahun ini akan berlepas pada 7 September 2013 manakala yang terakhir dijadualkan pada minggu kedua Oktober. Berikut adalah maklumat penting mengenai penerbangan jemaah haji ke Mekah pada tahun ini.
Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2013/ 1434H
Tarikh penerbangan kumpulan pertama ke Mekah: 7 September 2013
Tarikh Penerbangan Pergi ke Mekah berperingkat: 7 hingga 8 Oktober 2013
Penerbangan balik dari Mekah: 22 Oktober- 22 November 2013

Saturday 7 September 2013

Hari ini dalam sejarah..


Alhamdulillah,sepertimana yang telah dirancang pada mesyuarat bil 3/2013 yang telah diadakan pada 26 Ogos 2013 yang lalu,maka pada hari ini telah pun berlangsungnya majlis bergambar para Jawatankuasa Masjid As-Syarib bagi penggal 2012-2015.
Cuaca pada awalnya tidak begitu mengizinkan,namun kuasa ALLAH swt,ianya dapat juga dilaksanakan dengan baik dan jayanya.Syukur Alhamdulillah.
Jom kita lihat gambar candid yang sempat lensa admin rakamkan:
Terima kasih Cikgu Fadhlah,jurukamera bertugas pada sessi ini.

Gurau senda Bendahari dan Siak Masjid As-Syarif

Tuan Nazir segak bergaya..

Antara Jawatankuasa yang memberikan kerjasama,Dr.Rosmadi Hj.Fauzi

Senyumm..
 Selepas semua berpossing,Alhamdulillah,Tuan Nazir mengajak semua jawatankuasa bersarapan di Restoran Selamat..jom lihat candid ni pula..

Apalah yang dibincangkan tu..


Thursday 5 September 2013

Mudah-mudahan apa yang dihajati dimakbulkan oleh Nya..Insya Allah


Nazir Masjid As-Syarif,sedang menyampaikan ucapan

 SYUKUR Alhamdulillah,program Solat Hajat dan Bacaan Yaa-sin khusus untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2013,telah selamat dilaksanakan.Program yang dianjurkan oleh para ibu-bapa dan penjaga disekitar kariah Masjid As-Syarif telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Dalam ucapan Tuan Nazir Masjid As-Syarif,Haji Mohd Arif bin Saring,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu-bapa yang hadir pada majlis ini dan beliau berharap agar anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Imam 1 Masjid As-Syarif

Majlis ini dipimpin oleh Tuan Imam 1 Masjid As-Syarif,Haji Sajuni bin Jumaron dimulakan dengan solat hajat dan kemudian diikuti dengan bacaan Yaa-Sin.
Sebahagian daripada anak-anak yang hadir



Barisan Pegawai dan Jawatankuasa pentadbiran Masjid As-Syarif


Antara ibu-bapa yang hadir










Good Luck!...

 Kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini,kami warga Masjid As-Syarif ,mendoakan yang terbaik buat kalian semua..Ingat ALLAH,pasti ALLAH akan bantu kita..Di bawah ini,dipaparkan tqkwim peperiksaan 2013 untuk panduan bersama..

Konsep Tamakninah Dalam Kehidupan


Monday 26 August 2013

MESYUARAT PEGAWAI dan JAWATANKUASA bil 3/2013

Syukur alhamdulillah.Setelah mengharungi ibadah puasa selama sebulan dan setelah mengharungi hari kemenangan bagi umat Islam,hari ini jawatankuasa berkumpul bersama bagi membincangkan program-program yang bakal diadakan.Lebih-lebih lagi menjelangnya Mesyuarat Agung dan Hari Raya Qurban 1434H.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting.
Dihadiri kira-kira 14 orang jawatankuasa ini sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan Mesyuarat Agung pada tahun ini pada 19hb September 2013 ini,manakala Hari Raya Qurban 1434H akan diadakan pelbagai program yang menarik khusus untuk anak kariah Taman Seri,Telok Datok.

Tuesday 16 July 2013

Berada di taman syurga..(13 Julai 2013)


Ustaz Hazren
Alhamdulillah,kuliah Subuh sepanjang bulan Ramadhan ini diadakan sebaik sahaja selepas solat Subuh.Disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hazren.Minggu ini,Ustaz menekankan mengenai ibadah solat.Ramai juga jemaah yang hadir.Ada yang tak kering gusi dibuatnya.Alhamdulillah..
Khusyuknya Tuan Haji Jali mendengar
Haji Khairuddin Jauhar
Apalah yang lucu sangat tu Tok..

Suasana MOREH di Masjid As-Syarif ( 12 Julai 2013)

Jemaah lelaki.
Sesi beramah mesra,Tuan Haji Abidin bersama anak kariah

Suasana sebegini sememangnya dinanti-nantikan oleh kita,lebih-lebih lagi sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Terawikh.Tidak dinafikan..sudah pasti jemaah akan mula berkumpul di meja "moreh".
Bukan nak makan sangat pun,akan tetapi,nakkan suasana tu aje.Berjumpa rakan-rakan sambil menghirup kopi O panas bersama rakan-rakan memanglah satu pengalaman yang indah.Al-maklumlah,siang masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan,dan ada pula yang menetap jauh dari kariah.Jadi masa yang sebeginilah digunakan sebaik mungkin..Alhamdulillah..yang jauh didekatkan..yang dekat lagi dieratkan..
Jemaah wanita