Tuesday 25 February 2014

Menghina hukum Allah

Tazkirah
25RabiulAkhir 1435@25/2/2014

Menghina Hukum Allah SWT

Pada hari ini kita boleh lihat bagaimana umat Nabi Muhammad SAW sekarang, ceteknya iman dan pengetahuan Islam kerana tidak faham akan Islam itu sendiri. Dari sini kita boleh fikir ada beberapa yang sedang berlaku iaitu :
Tidak Melaksanakan Hudud Allah (Hukum Allah) - Kerana sudah terkandung di dalam Al Quran, bukannya buatan mana-mana pihak. Sedangkan semua undang-undang dan hukumannya sudah cantik dan telah dihuraikan dengan terperinci mengenainya.

Maksiat Berleluasa - Gagalnya pihak berkuasa membanteras dan tidak Amanah dalam melaksanakan tugas.

Gam Alim Ulama - Menyekat suara ulama' (suatu ketika dulu).

Melaksanakan Hukuman Mengikut Undang2 Penjajah Dahulu - Huraian daripada petikan satu hadis "Adalah satu dosa yg tidak dapat diampunkan sekiranya penjajah sudah balik, tetapi kita masih melaksanakan hukuman penjajah".

Menyambut Tahun Kebesaran Penjajah - Menampakkan kurangnya pengetahuan kepada bulan/tahun Islam dan kelebihan amal ibadat pada setiap bulannya.

Maksiat secara terbuka - Konsert yg penuh dengan maksiat seperti AF, Gangstars dan lain-lain lagi.

Merobohkan rumah Allah sewenang-wenangnya. (Perlu rujukan).

Pemimpin Tidak Amanah.

Siaran TV penuh dengan maksiat dan mukaddimah zina.

Aurat diabaikan kerana alasan mengikut peredaran zaman.

Ibu bapa abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya zina. Sila lawati hmetro, byk kisah remaja terjebak dengan zina, maksiat dan macam-macam lagi.

Terabainya Al Quran & Sunnah sebagai rujukan.
نعوذ بالله من ذلك Nauzu billahi min zalik...

"Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut"

Ini adalah sebilangan sahaja, kita boleh fikir sendiri apa yang terjadi dimasa kini... . melalui pemerhatian kita... lihatlah dgn kedua2 mata dan lihatlah dgn hati dan akal.

Perkara yang dinyatakan diatas boleh menyebabkan kepada Murtad tanpa disedari :

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab-sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi MuhammadSAW dan nabi-nabi lain, menghina Allah SWT dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah SAW. Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab,

"aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)".

Atau dia berkata, "sekiranya Allah SWT dan Rasulullah SAW menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya".

Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin".

Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman".

Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

InsyaAllah bersambung...


SETIAUSAHA MASJID AS-SYARIF TELOK DATOK

No comments:

Post a Comment