Friday 28 February 2014

Menghina Hukum Allah SWT-bahagian 4

Tazkirah
28 RabiulAkhir 1435@28/2/2014

...sambungan

Menghina Hukum Allah SWT

Dari hadis di atas jelas bahawa orang yang murtad mesti dibunuh segera apabila dia enggan bertaubat. Hukum bunuh seperti di atas telah pun dijalankan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW, antaranya Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abu Talib r.a. sewaktu pemerintahan masing-masing.

Hukum tersebut di atas, tidak sekali-kali bertentangan dengan "dasar kebebasan beragama", atau dasar "لا إكراه في الدين" (Tidak ada paksaan dalam agama). Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, kerana dasar ini tidak ada hubungan sama sekali dengan soal orang murtad.

Soal murtad dan soal kebebasan beragama adalah dua masalah yang berlainan. "Tidak ada paksaan dalam agama" bererti; orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang kafir memeluk Islam, kerana hakikat iman dan kufur telah dijelaskan dalam al-Quran, dalam hadis dan juga oleh para ulama' dalam dakwah mereka, maka terserah kepada seseorang itu sama ada mahu beriman dan taat atau pun mahu kekal kufur dan ingkar. Selain itu, kalau dipaksa orang kafir supaya memeluk Islam, maka Islamnya tidak sah.

Ini berlainan halnya dengan orang Islam yang murtad, kerana apabila seseorang itu murtad sama ada melalui iktikad, atau percakapan dan tuturkata atau melalui perbuatannya, ini bererti dia telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Antara jenayah-jenayah yang dilakukan ialah:

a) Dia memang menganggap dirinya betul dan pandai, umat Islam lain semuanya dianggap salah dan bodoh belaka. Ini bererti dia menghina dan memusuhi masyarakat Islam.

b) Dia menyalahkan agama Islam kerana didorong oleh nafsunya, dia tidak mahu terikat kepada suruhan Allah dan Rasul serta larangan keduanya. Ini bererti dia menghina agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya dan dihormati oleh seluruh umat Islam.

c) Dia akan menjadi contoh buruk bagi orang-orang lain yang akan terpengaruh kepada diayahnya. Ini akhirnya akan meruntuhkan ajaran Islam.

Oleh sebab jenayah orang yang murtad sangat besar dan bahaya, maka hukum Islam yang ditetapkan supaya dilaksanakan di dunia dengan dijatuhkan hukum bunuh dan balasan azab seksa di akhirat kelak amatlah adil dan setimpal dengan jenayahnya yang besar itu.

c) Dirampas Hartanya.

Setelah sabit seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya perlu dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak dibawah pengawasan Ketua Negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu diambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja.

Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya. Ini bererti harta tersebut masih dianggap hartanya cuma ditahan hak milik buat sementara. Tetapi sekiranya dia tetap tidak mahu bertaubat, bahkan dijatuhkan hukuman bunuh, maka harta tersebut menjadi milik kerajaan dikira semenjak dia mula-mula murtad lagi.

Harta orang yang murtad tidak boleh dipusakai oleh waris-warisnya dan dia juga tidak boleh menerima harta pusaka dari waris-waris lain kerana diantara syarat untuk membolehkan seseorang menerima harta pusaka ialah waris tersebut sama-sama beragama Islam, sedangkan orang itu telah menjadi kafir.

Rasulullah SAW ada bersabda, ertinya :

"Orang Islam tidak boleh mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang Islam." (Hadis riwayat al-Bukhari)

InsyaAllah bersambung...


SETIAUSAHA MASJID AS-SYARIF TELOK DATOK

No comments:

Post a Comment