Pertengahan Ramadhan yang dijanjikan keampunan oleh Allah sudah hampir ke penghujungnya. Di pertengahan Ramadhan ini juga, ada peristiwa besar yang selalu kita sebut, iaitu Nuzul Quran. Nurul Quran jika diterjemahkan dalam bahasa melayu kita, Penurunan Quran. Apa peristiwa disebaliknya? apa Hikmahnya? Jom kita sama2 ulangkaji kembali kisah dan peristiwa di sebalik Nuzul Quran.
Banyak artikel yang dapat kita baca mengenai Nuzul
Quran di Internet, dan pelbagai sumber lain, tetapi, yang lebih utama,
ialah, peranan kita dalam menghayati Quran itu sendiri.
Sepanjang Ramadan 15 Hari lepas, berapa muka surat Al-Quran sudah kita
baca, apa manfaat dari setiap ayat yang kita baca. Alhamdulillah, jika
kita dapat rasa kenikmatan bacaan Al-Quran itu dari mulut dan lidah
kita. Dalam masa yang sama,cuba fahami, maksud tersirat disebalik ayat2
suci, maknanya kita mengambil manfaat Ramadhan ini untuk mentarbiah diri
kita menjadi lebih tawaduk dan menunduk kepada Nya. Dengan Ramadhan,
sebagai Bulan Latihan, manfaatkanlah setiap saat nafas kita dalam 30
hari ini, kita akan tergolong dalam kalangan mereka yang beruntung.
NUZUL QURAN
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah
dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat
menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti
turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran
adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar
kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya
terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid,
ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah
al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat
akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah
sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan
atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya
terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan
dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu
benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang
menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak
dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang
mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan
malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.
maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan
Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah
suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada
malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan
berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah
SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah
selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu
para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang
memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan
yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar
dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa
yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat
gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Jadi, marilah kita sama2 mengambil manfaat dan
kebertakan di bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.
mudah-mudahan kita akan mendapat keberkatan dan ganjaran serta kita akan
terdidik menjadi muslim yang bertakwa.
Wassalam
No comments:
Post a Comment