Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-1-
" TARBIYYAH ALLAH KEPADA
RASUL-NYA : PENGAJARAN BAGI
MANUSIA "
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah kita samasama
mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, dengan
mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
hanyalah ditentukan oleh iamn dan taqwa yang dimiliki oleh kita sendiri.
Marilah kita jejaki kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang
menggarap taqwa kepada Allah SWT dan menjadikan Al-Quran sebagai
petunjuk dan panduan kita untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia
dan akhirat.
Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Tarbiyyah Allah Kepada
Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Allah SWT mengutuskan Rasul-rasulNya ke alam ini adalah
daripada kalangan hamba-Nya yang terpilih.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan makhluk-Nya, maka
menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam golongan yang terpilih,
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-3-
kemudian menjadikan mereka dua golongan, dan menjadikan aku yang
terbaik dari mereka dalam golongan itu. Kemudian menjadikan mereka
bersuku-suku, dan menjadikan aku yang terbaik dalam suku itu. Kemudian
menjadikan mereka dalam keluarga-keluarga, dan Allah menjadikan
keluargaku yang terbaik di dalam semua keluarga mereka, dan yang
terbaik dalam keturunan”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Pengutusan Rasulullah S.A.W juga telah membawa kesan yang
sangat besar pada penduduk dunia dan seluruhnya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107:
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
Ini bermula dengan wahyu pertama yang diberikan kepada Baginda
s.a.w yang berupa tarbiyyah dan didikan bermulanya sesuatu itu dengan
pembacaan, pemahaman dan pembelajaran.
Firman Allah SWT dalam surah Al-‘Alaq ayat 1;
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk)”.
Ayat tersebut mengajar kita bahawa pembudayaan ilmu bermula
dengan asas iqra’ sebagaimana Allah SWT menghantarkan Malaikat Jibril
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-4-
untuk mentarbiyyah dan mengajar Muhammad S.A.W membaca.
Kemudian dengan itu Nabi mempelajari serta memahami tauhid dan
aqidah. Selanjutnya mengenali erti kehidupan di dunia mesti berlandaskan
padanya dan berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT
sehinggalah kesejahteraan di akhirat itu dapat diraih.
Inilah hasil tarbiyyah yang diberikan kepada para sahabat Rasulullah
S.A.W sehingga mereka mampu mengubah landskap dunia daripada
kesesatan jahiliyyah kepada kebenaran Islam.
Jaminan keberlangsungan dan penghormatan dunia kepada Islam
adalah juga tertakluk kepada sejauh mana umat Islam unggul dalam
bidang ilmu pengetahuan dan mampu berdaya saing di persada dunia
yang penuh mencabar. Tanpa ilmu dan pengetahuan umat Islam akan
ketinggalan dan mundur.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Allah SWT juga mentarbiyyah Rasulullah S.A.W untuk mengamalkan
ilmu yang telah dipelajarinya supaya dilaksanakan dalam bentuk amalan
biasa atau ibadah. Ini dapat dilihat Rasulullah SAW ditarbiyyah oleh Allah
supaya bangun malam, beribadah dan membaca al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5;
-5-
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah di waktu malam (untuk
bersolat tahajjud), kecuali sedikit masa (yang diperuntukkan untuk
berehat), iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit
daripada waktu itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah
al-Quran dengan ‘tartil’ (perlahan-lahan), sesungguhnya Kami akan
menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi
perintah-perintah yang berat)”.
Ibadah yang kita lakukan hendaklah benar-benar khusyuk sehingga
dapat kita merakan kelazatan hubungan kita dengan Allah SWT dan
merasakan kepuasan dari ibadah yang kita kerjakan itu. Bahkan kita
hendaklah merasa tamak dalam beribadah yakni tidak cukup dengan apa
yang telah kita lakukan. Kita akan sentiasa berusaha untuk
menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadah-ibadah
sunat seperti melakukan qiamullail dan sebagainya. Sesungguhnya
qiamullail adalah merupakan perkara yang paling kuat yang dapat
memelihara dan mengukuhkan iman kita.
Firman Allah SWT dalam surah al-Muzammil ayat 6;
“Sebenarnya beribadah malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa)
dan lebih tepat bacaannya”.
Ibadah itu bukan hanya sekadar si hamba itu melahirkan tanda
syukur kepada Allah SWT malah yang lebih penting ialah sejauh mana
ibadah itu dapat membawa si hamba itu menghampirkan diri dengan lebih
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-6-
dekat kepada Allah SWT. Sesungguhnya Islam menuntut supaya seluruh
kehidupan ini hendaklah berjalan di dalam rangka ibadah dan taat hanya
kepada Allah SWT. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT
dalam surah Az-zariat ayat 56;
“(Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku”.
Oleh itu, untuk menjadikan ibadah kita keseluruhannya di dalam
rangka mengabdikan diri kepada Allah maka perlulah kita berhubung terus
dengan Allah SWT dalam apa jua perkara yang hendak kita lakukan. Kita
sentiasa menghubungkan hati kita dengan Allah SWT sehingga dapat kita
merasakan apa yang disebut sebagai ihsan yakni kita melakukan ibadah
kepada Allah seolah-plah kita melihat-Nya, meskipun kita tidak melihat-
Nya maka kita yakin bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan.
Kita juga hendaklah sering membaca dan mengamati al-Quran
terutamanya di waktu fajar kerana bacaan di waktu itu adalah sangat
afdhal. Fahamilah isi kandungannya agar jiwa kita merasa peka dan
terkesan hasil berdamping dengan al-Quran. Firman Allah SWT dalam
surah Shaad ayat 29;
-7-
“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan
umatmu wahai Muhammad), Kitab yang penuh keberkatan untuk mereka
memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang yang
berakal sempurna beringat mengambil iktibar”.
Di samping itu juga, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah
SWT di dalam apa jua urusan dan perkara baik yang hendak kita kerjakan
kerana doa adalah intipati bagi segala ibadah. Allah SWT berfirman dalam
surah Ghafir ayat 60;
Tuhan kamu berfirman : “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu...”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kewajipan seterusnya yang merupakan tanggungjawab Rasul
menyampaikan risalah tauhid di atas muka bumi ini telah dilaksanakan
sepenuhnya oleh Baginda SAW. Arahan Allah SWT memerintahkan
Rasul-Nya agar bangun serta memberikan peringatan atau amaran
kepada kaumnya, memberikan pengajaran dan isyarat kepada golongan
ilmuan Islam dan umat Islam seluruhnya supaya tugas menyeru umat
kepada Islam serta memberikan peringatan itu adalah merupakan tugas
yang wajib dilakukan khususnya dewasa ini apabila umat semakin jauh
meninggalkan Islam. Firman-Nya dalam surah al-Muddasthir ayat 1-5;
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-8-
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan
dan amaran (kepada umat manusia) dan kepada Tuhanmu, maka ucaplah
dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan (pada) pakaianmu, maka hendaklah
engkau bersihkan, dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Inilah perjalanan tarbiyyah yang dilakukan oleh Allah SWT kepada
Rasul-Nya dan telah memberikan isyarat dan pengajaran kepada kita
bahawa setelah proses mendalami ilmu pengetahuan, pengukuhan diri
dengan amal ibadah kepada Allah SWT kemudian tugas berdakwah dan
memberikan peringatan adalah merupakan tugas yang mesti
dilaksanakan.
Hebatnya Rasulullah SAW di persada dakwah dan jihad adalah hasil
dedikasi Baginda dengan berpaut, bertawakkal dan bertaqarrub dengan
Allah SWT.
Kesimpulannya, pengajaran yang kita boleh ambil daripada khutbah
pada hari ini ialah;
Pertama : Memperkukuhkan diri dengan ilmu pengetahuan adalah
asas kepada kejayaan seorang mukmin.
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-9-
Kedua : Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan beramal
ibadah sehingga peringkat ‘ihsan’.
Ketiga : Tadabbur bacaan al-Quran dan menghayati isi
kandungan, memahami serta melaksanakan segala
hukum-hakamnya.
Keempat : Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha dan berdoa
adalah merupakan senjata bagi kejayaan seorang
mukmin.
Kelima : Kewajipan berdakwah dan menyeru umat kepada Islam
adalah tanggungjawab utama ke atas umat Islam.
“Sesungguhnya Kami telah mengutus pada setiap umat seorang
Rasul dengan perintah : “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-10-
taghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain Allah)”. Maka antara
mereka ada yang diberi hidayah oleh Allah dan ada pula yang berhak
ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian lihatlah bagaimana kesudahan umat-umat yang mendustakan
(rasul-rasul mereka)”.
(Al-Nahl: 36)
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-11-
KHUTBAH KEDUA
اََلْحYa Allah, Engkaulah Tuhan yang berkuasa, kami bersyukur
kehadrat-Mu yang melimpahkan rahmat dan nikmat, sehingga kami
dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam
khususnya negeri Selangor, sebagai negeri idaman, maju, sejahtera dan
berkebajikan.
Justeru, kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,
tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah
rezeki kami, tambahkan kami dengan ilmu dan kemahiran, suburkanlah
jiwa kami dengan akhlak mulia, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang
berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit,
persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya hidup kami akan
sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Ya Allah, bukakanlah hati kami, untuk melaksanakan ibadah zakat
sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup orang yang
melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin. Sucikanlah
harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara’ dan masakin daripada
kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Khutbah Jumaat 07 September 2012: “Tarbiyyah Allah Kepada Rasul-Nya : Pengajaran Bagi Manusia”
Jabatan Agama Islam Selangor
-14-
Demikian jua Ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang
mewakafkan hartanya di negeri ini, limpahkanlah nikmat iman dan
kesihatan yang berpanjangan kepada mereka, terimalah wakaf mereka
dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.
No comments:
Post a Comment