Jemaah lelaki. |
Sesi beramah mesra,Tuan Haji Abidin bersama anak kariah |
Suasana sebegini sememangnya dinanti-nantikan oleh kita,lebih-lebih lagi sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Terawikh.Tidak dinafikan..sudah pasti jemaah akan mula berkumpul di meja "moreh".
Bukan nak makan sangat pun,akan tetapi,nakkan suasana tu aje.Berjumpa rakan-rakan sambil menghirup kopi O panas bersama rakan-rakan memanglah satu pengalaman yang indah.Al-maklumlah,siang masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan,dan ada pula yang menetap jauh dari kariah.Jadi masa yang sebeginilah digunakan sebaik mungkin..Alhamdulillah..yang jauh didekatkan..yang dekat lagi dieratkan..
Jemaah wanita |
No comments:
Post a Comment