Tuesday, 13 November 2012

Salam Maal-Hijrah dari kami





Menjelang petang ini sebelum berakhirnya waktu Asar, menandakan tahun Hijrah 1433 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu tahun baru Hijrah 1434 akan muncul selepas waktu maghrib. Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah 1433 pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah 1434 selepas waktu maghrib.
 Dikesempatan ini,Nazir,AJK serta Pegawai Masjid As-Syarif Taman Seri,Telok Datok,ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434..kepada kaum Muslimin dan Muslimat khususnya anak kariah.Sehubungan dengan itu juga,Dato/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir ke Majlis seperti tersebut di atas.Semoga ibadah kita diterima Allah swt.

No comments:

Post a Comment