Malam nisfu Syaaban 1434H telah disambut dengan bacaan Yaasin serta doa memohon hajat kepada ALLAH swt.Majlis berkenaan telah diadakan pada 23 Jun 2013 di dewan utama Masjid As-Syarif dan diketuai oleh Imam 1 Masjid As-Syarif,Haji Sajuni Jumaron.Turut hadir Timbalan Nazir.
Alhamdulillah,admin berkesempatan menghadiri Majlis bacaan Yaa-sin,tahlil dan doa selamat pada hari Sabtu,22 Jun 2013 yang lalu.Jemputan daripada Tuan Haji Johari bun Haji Salikin dan keluarga.
Imam 1 Masjid As-Syarif,Tuan Haji Sajuni Jumaron telah mengetuai majlis tersebut.
Turut hadir Tuan Nazir Masjid As-Syarif
Tarikh : 21 JUN 2013 (JUMAAT) Masa : 9:00 malam Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid As-Syarif
Agenda: 1. Ucapan Pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat pegawai/ajk 1/2013 3. Laporan kewangan 4. Perkara berbangkit :- a. Program gotong royong sempena menyambut Ramadhan b. Program Ramadhan c. Khatam quran d. Sumbangan sempena eidulfitri e. Solat sunat eidulfitri
Tayamum (at-tayammum) dari segi bahasa beerti menuju.Adapun menurut syarak,tayannun itu bermaksud mempergunakan tanah atau debu yang bersih untuk disapu ke muka dan tangan dengan maksud mengangkat hadas menurut cara yang telah ditentukan oleh syarak.
Pada suatu ketika,ia dapat menggantikan wuduk dan mandi junub dengan syarat tertentu.Tayammum adalah satu rukhsah atau kelonggaran bagi sesiapa yang:-
Tidak boleh menggunakan air kerana SAKIT atau MENGALAMI KESULITAN MENDAPATKAN AIR.
Siapakah yang DIHARUSKAN bertayammum?
Orang yang sakit dan telah dinasihatkan oleh doktor agar TIDAK menggunakan air.
Orang yang bermusafir
Orang yang tidak mendapat air.
Allah swt berfirman,"Dan jika kamu berada dalam keadaan berjunub,maka mandilah,jika kamu sakit atau dalam perjalanan dan buang air atau kamu menyentuh perempuan dan kamu tidak mendapati air,maka bertayamumlah dengan tanah yang bersih,sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu:.[surah al-Maidah 5:6]
Syarat SAH Tayammum
Telah masuk waktu solat
Tidak didapati air
Guna tanah atau debu yang bersih
Bimbang akan bertambah teruk penyakitnya
Tidak terdapat air
Rukun Tayamum
Niat
Menekan kedua-dua tapak tangan ke atas tanah atau debu yang bersih,kemudian disapukan ke muka dan ke tangan sampai ke siku.
Meratakan tanah atau debu yang bersih itu pada anggota yang harus disapukan
Perkara sunat semasa Tayamum
Membaca Basmallah
Mengadap kiblat
Dahulukan sapuan pada anggota yang kanan.
Tipiskan debu
Lakukan secara turutan dan membaca kalimah syahadah setelah selesai.
Perkara yang MEMBATALKAN Tayamum
Apa sahaja yang membatalkan wuduk JUGA akan membatalkan Tayamum
Terdapat air SEBELUM kerjakan solat.
Hikmah Tayamum
Agar seseorang itu bersikap prihatin dan ambil berat tentang ibadah solat
Beri kemudahan
Di dalam tanah atau debu yang bersih,terdapat unsur-unsur yang boleh matikan hama atau kuman.
Mendidik diri agar merendah diri,tidak takabur.
Peraturan Tayamum
Niat
Menyapu debu ke muka dan kedua tangan hingga ke siku
Pindahkan debu atau tanah kepada anggota yang akan disapu
Wuduk merupakan salah satu kewajipan dalam ISLAM,sekaligus menjadi salah satu syarat SAHnya ibadat solat.Wuduk diwajibkan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.Allah swt telah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman!Apabila kamu hendak mengerjakan solat,maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali"(Surah al-Maidah 5:6)
Perkara-perkara yang WAJIB semasa berwuduk:
NIAT.Tidak sah wuduk seseorang jika tidak disertakan dengan niat
MEMBASUH MUKA,bermula dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telingan kanan ke pasak telinga kiri.
MEMBASUH KEDUA TANGAN sampai ke siku.
MENGUSAP SEBAHAGIAN RAMBUT KEPALA.
MEMBASUH KEDUA KAKI SAMPAI KE BUKU LALI
TERTIB
AL-MUWALAH atau berterusan dan berurutan.
Perkara-perkara SUNAT semasa berwuduk:
Membaca Basmallah pada permulaan wuduk
Membasuh kedua tapak tangan sebanyak 3 kali
Menggosok gigi atau bersiwak
Berkumur-kumur
Memasukkan air ke hidung
Membersihkan janggut dengan air bagi kaum lelaki
Setiap perbuatan dilakukan sebanyak 3 kali
Membasuh luar dan dalam bahagian telinga
Membersihakan sela-sela jari tangan dan kaki
Mendahulukan yang kanan
Memanjangkan basuhan anggota wuduk MELEBIHI baagian yang dibasuh
Hendaklah mengusap kepala,mulai dari bahagian hadapan kepala
Hendaklah berdoa
Rasulullah swt bersabda: " Sesiapa sahaja yang berwuduk kemudian menyempurnakan wuduknya dengan sebai-baiknya,kemudian melafazkan: "Aku naik saksi bahawa TIADA Tuhan tempat memperhambakan dirinya melainkan kepada ALLAH semata-mata maka akan dibuka kepadanya pintu syurga yang 8 itu,dan dia BOLEH memasuki mana-mana pintu yang dia kehendaki" [Hadis riwayat Muslim]