Wednesday, 22 January 2014
Thursday, 16 January 2014
Tuesday, 17 December 2013
TAHSIN SOLAT 2013
Kem Tahsin Solat 2013 buat julung kalinya akan diadakan di Masjid As-Syarif Telok Datok pada 19 Disember 2013 ini dari jam 7.30 pagi hingga waktu Zohor.
Kem ini diadakan untuk memberi pendedahan secara teori dan amali tentang solat secara langsung kepada para anak kariah khususnya.
Sehingga kini, maklum balas yang diterima amat menggalakan dan admin jangkakan penyertaan adalah di luar jangkaan.
Insya Allah...kepada yang masih belum daftarkan diri, samada untuk anak atau diri sendiri, bolehlah berbuat demikian pada hari berkenaan.
Wassalam.
Setiausaha Masjid As-Syarif Telok Datok
Thursday, 5 December 2013
Wednesday, 13 November 2013
Anak muda pula...
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini lah yang berlaku dikariah Masjid As-Syarif. Tanpa disuruh dan tanpa meminta "habuan" anak-anak muda berusia 9 hingga 16 tahun dengan sukarelanya telah berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran masjid pada Sabtu 9 November yang lalu.
Syabas anak mudam
SETIAUSAHA MASJID AS-SYARIF TELOK DATOK
Wednesday, 16 October 2013
Nazir bawa parang........
![]() |
| Sebahagian daripada lembu-lembu yang akan di qurbankan |
11 Dzulhijjah 1434H ( 15 Oktober 2013 ) merupakan tarikh dan hari yang bersejarah buat warga Masjid As-Syarif Telok Datok Banting pabila buat julung kalinya, sebanyak 13 ekor lembu telah dikorbankan. Syukur alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang "amat luar biasa" dan penyertaan golongan muda sememangnya amat menggalakkan.
Pada awalnya,jawatankuasa menganggarkan lembu yang terakhir akan disembelih serta dilapah dagingnya sekitar jam 4.00 petang, namun selesai menjelangnya pukul 1.30 petang. Syukur alhamdulillah.
![]() | |
| Salah seorang peserta Qurban 1434 H |
![]() |
| Sebahagian daripada petugas melapah daging lembu menanti dengan penuh sabar |
![]() | |
| Tuan Nazir yang sporting sekali bergambar bersama isteri tersayang,alhamdulilah. |
![]() |
| Nazir bersama rakan-rakan muda Masjid As-Syarif |
![]() |
| Tuan Siak 1 Masjid As-Syarif bersama anaj cucu beliau. |
![]() |
| Kaum wanita sedang menyediakan bahan-bahan untuk membuat sup tulang |
Sunday, 13 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)













