Sunday, 26 May 2013

Tiada alasan untuk TIDAK solat jika ketiadaan air....


Tayamum (at-tayammum) dari segi bahasa beerti menuju.Adapun menurut syarak,tayannun itu bermaksud mempergunakan tanah atau debu yang bersih untuk disapu ke muka dan tangan dengan maksud mengangkat hadas menurut cara yang telah ditentukan oleh syarak.
Pada suatu ketika,ia dapat menggantikan wuduk dan mandi junub dengan syarat tertentu.Tayammum adalah satu rukhsah atau kelonggaran bagi sesiapa yang:-
  1. Tidak boleh menggunakan air kerana SAKIT atau MENGALAMI KESULITAN MENDAPATKAN AIR.
Siapakah yang DIHARUSKAN bertayammum?
  1. Orang yang sakit dan telah dinasihatkan oleh doktor agar TIDAK menggunakan air.
  2. Orang yang bermusafir
  3. Orang yang tidak mendapat air.
Allah swt berfirman,"Dan jika kamu berada dalam keadaan berjunub,maka mandilah,jika kamu sakit atau dalam perjalanan dan buang air atau kamu menyentuh perempuan dan kamu tidak mendapati air,maka bertayamumlah dengan tanah yang bersih,sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu:.[surah al-Maidah 5:6]

Syarat  SAH Tayammum
  1. Telah masuk waktu solat
  2. Tidak didapati air
  3. Guna tanah atau debu yang bersih
  4. Bimbang akan bertambah teruk penyakitnya
  5. Tidak terdapat air
Rukun Tayamum
  1. Niat
  2. Menekan kedua-dua tapak tangan ke atas tanah atau debu yang bersih,kemudian disapukan ke muka dan ke tangan sampai ke siku.
  3. Meratakan tanah atau debu yang bersih itu pada anggota yang harus disapukan
  4.  
Perkara sunat semasa Tayamum
  1. Membaca Basmallah
  2. Mengadap kiblat
  3. Dahulukan sapuan pada anggota yang kanan.
  4. Tipiskan debu
  5. Lakukan secara turutan dan membaca kalimah syahadah setelah selesai.
Perkara yang MEMBATALKAN Tayamum
  1. Apa sahaja yang membatalkan wuduk JUGA akan membatalkan Tayamum
  2. Terdapat air SEBELUM kerjakan solat.
Hikmah Tayamum
  1. Agar seseorang itu bersikap prihatin dan ambil berat tentang ibadah solat
  2. Beri kemudahan
  3. Di dalam tanah atau debu yang bersih,terdapat unsur-unsur yang boleh matikan hama atau kuman.
  4. Mendidik diri agar merendah diri,tidak takabur.
Peraturan Tayamum
  1. Niat
  2. Menyapu debu ke muka dan kedua tangan hingga ke siku
  3. Pindahkan debu atau tanah kepada anggota yang akan disapu
  4. Tertib

Saturday, 25 May 2013

Wuduk..wajib dan Sunat


Wuduk merupakan salah satu kewajipan dalam ISLAM,sekaligus menjadi salah satu syarat SAHnya ibadat solat.Wuduk diwajibkan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!Apabila kamu hendak mengerjakan solat,maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali"(Surah al-Maidah 5:6)

Perkara-perkara yang WAJIB semasa berwuduk:

  1. NIAT.Tidak sah wuduk seseorang jika tidak disertakan dengan niat
  2. MEMBASUH MUKA,bermula dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telingan kanan ke pasak telinga kiri.
  3. MEMBASUH KEDUA TANGAN sampai ke siku.
  4. MENGUSAP SEBAHAGIAN RAMBUT KEPALA.
  5. MEMBASUH KEDUA KAKI SAMPAI KE BUKU LALI
  6. TERTIB
  7. AL-MUWALAH atau berterusan dan berurutan.
Perkara-perkara SUNAT semasa berwuduk:
  • Membaca Basmallah pada permulaan wuduk
  • Membasuh kedua tapak tangan sebanyak 3 kali
  • Menggosok gigi atau bersiwak
  • Berkumur-kumur
  • Memasukkan air ke hidung
  • Membersihkan janggut dengan air bagi kaum lelaki
  • Setiap perbuatan dilakukan sebanyak 3 kali
  • Membasuh luar dan dalam bahagian telinga
  • Membersihakan sela-sela jari tangan dan kaki
  • Mendahulukan yang kanan
  • Memanjangkan basuhan anggota wuduk MELEBIHI baagian yang dibasuh
  • Hendaklah mengusap kepala,mulai dari bahagian hadapan kepala
  • Hendaklah berdoa

Rasulullah swt bersabda:
" Sesiapa sahaja yang berwuduk kemudian menyempurnakan wuduknya dengan sebai-baiknya,kemudian melafazkan: "Aku naik saksi bahawa TIADA Tuhan tempat memperhambakan dirinya melainkan kepada ALLAH semata-mata maka akan dibuka kepadanya pintu syurga yang 8 itu,dan dia BOLEH memasuki mana-mana pintu yang dia kehendaki" [Hadis riwayat Muslim]


Thursday, 21 March 2013

Ceramah ajaran syiah MENYIMPANG dari ajaran Sunah Waljamaah

Pegawai SYABAS sedang memberikan taklimat mengenai air

Juruteknik SYABAS sedang menerangkan bagaimana air diuji

Anak-anak kecik dan remaja turut berminat

Imam 1 mengetuai bacaan Yaa-Sin dan Tahlil

Sebahagian daripada tetamu

Ustaz Shamsuri Abdullah sedang menyampaikan ucapan

Hadirin begitu tekun mendengar

Wednesday, 20 March 2013

AJARAN SYIAH MENYIMPANG


Aturcara:
4:30PM SOLAT ASAR BERJEMAAH
5:00PM PAMERAN oleh PAID & SYABAS
6:45PM YAASIN & TAHLIL
7:30PM SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8:00PM CERAMAH
9:00PM SOLAT ISYA'BERJEMAAH
9:30PM JAMUAN
10:00PM BERSURAI

Thursday, 14 March 2013

Gotong-royong bersama Guru dan Pelajar Giatmara Banting

Tuan Nazir bersama Pegawai Masjid serta kakitangan Pusat Giatmara Banting

Tanggal 14 Mac 2013 bersamaan 2 J'Awal 1434H,warga Masjid As-Syarif telah menerima tetamu yang sungguh istimewa.Tetamu seramai 60 orang yang kesemuanya anak-anak muda telah mula berhimpun diperkarangan Masjid seawal jam 8:00 pagi lagi dan telah disambut oleh Tuan Nazir Masjid As-Syarif serta barisan Pegawai dan ahlijawatankuasanya.Tetamu tersebut datangnya dari Pusat Giatmara,Banting.
Mereka hadir ke untuk bersama-sama dengan Pegawai dan Jawatankuasa serta penduduk kariah Taman Seri untuk bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid.
Kerja-kerja sedang dijalankan

Alhamdulillah,mudah-mudahan aktiviti tahunan ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.Mewakili Nazir serta seluruh jawatankuasa,jutaan terima kasih diucapkan,semoga Allah memberkati anda semua.
Sebahagian daripada pelajar Giatmara Banting

Monday, 11 March 2013

Muafakat membawa berkat

Tuan Nazir mempengerusikan mesyuarat

Mesyuarat KHAS Pegawai dan Ahlijawtankuasa Masjid As-Syarif telah berlangsung selepas solat Maghrib sebentar tadi.Mesyuarat ini juga turut dihadiri Mantan Nazir Masjid As-Syarif,Ybhg Tuan Hj. Sanusi B. Sojo.
Pada malam ini,mesyuarat khas ini membincangkan khusus mengenai program yang bakal diadakan pada 21 Mac 2013 akan datang.Program pendedahan mengenai BAHAYANYA SYIAH terhadap masyarakat.Insya Allah,admin akan memaklumkan secara terperinci program ini sedikit masa lagi.