Tuesday, 31 May 2016
Wednesday, 27 January 2016
Wednesday, 20 January 2016
Friday, 15 January 2016
Thursday, 7 January 2016
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid As-Syarif Telok Datok bagi sesi 2016-2018
|
Nama
|
Jawatan
|
|
HAJI MOHD. ARIF BIN
SARING
|
NAZIR
|
|
|
TIMBALAN NAZIR
|
|
HAJI ZAWALAJAM BIN
MASHOD
|
SETIAUSAHA
|
|
ENCIK SUHAIMY BIN
ABD. KUDUS
|
PENOLONG SETIAUSAHA
|
|
HAJI ABD. RAHIM BIN
SAHALAN
|
BENDAHARI
|
|
HAJI SAJUNI BIN
JUMARON
|
IMAM 1
|
|
ENCIK MOHD.
SAMHANULRAFHAN BIN SANUSI
|
IMAM 2
|
|
HAJI ABU SOFIAN BIN
SHAMSUDDIN
|
BILAL 1
|
|
HAJI AS’AD BIN KASIM
|
BILAL 2
|
|
HAJI MD. NOR BIN
ISMAIL
|
SIAK 1
|
|
HAJI DZULLUTFI BIN
MOHD YUSOF
|
SIAK 2
|
|
PROF. MADYA (DR)
ROSMADI BIN HAJI FAUZI
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
MOHAMMAD KHAIRUL BIN
ABD. SAMAD
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
HAJI JOHARI BIN
SALIKIN
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
HAJI MOHD ROKMAN BIN
ISHAK
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
HAJI ABD. RAZAK BIN
SAID
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
HAJAH NOOR BEE BINTI
ABU BAKAR
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
ENCIK ISHAK BIN
ISMAIL
|
WAKIL PEMUDA
|
|
HAJAH JARIAH BINTI
SUALMAN
|
WAKIL WANITA
|
|
HAJI FAUZI BIN
IBRAHIM
|
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1
|
|
AYUB BIN ADNI
|
PEMERIKSA KIRA-KIRA
2
|
Wednesday, 2 September 2015
Wednesday, 17 June 2015
Thursday, 11 June 2015
Monday, 5 January 2015
Saturday, 3 January 2015
Maulidur Rasul 1436 H
Alhamdulillah, majlis sambutan Maulidur-Rasul Masjid As-Syarif,Telok Datok telah diadakan.Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Wednesday, 12 November 2014
Thursday, 6 November 2014
Tuesday, 28 October 2014
Saturday, 25 October 2014
Majlis Cukur jambul,tahlil dan doa
Jemputan: Encik Irmy Hadi bin Haji Zainal
Tarikh: 25 Oktober 2014( Sabtu )
Masa: 3.00 petang
Tempat: Jalan Melati,Taman Seri,Telok Datok.
SETIAUSAHA MASJID AS-SYARIF TELOK DATOK
Majlis cukur jambul,tahlil dan doa
Jemputan: Hajah Che Sah binti Bujang
Tarikh: 25/10/2014( Sabtu )
Masa: 11.30 pagi
Tempat:Jalan Dahlia
SETIAUSAHA MASJID AS-SYARIF TELOK DATOK
Wednesday, 22 October 2014
Thursday, 9 October 2014
Qurban MASTD dan TAKAFUL MALAYSIA 1435H
Sunday, 5 October 2014
Sekapur Sireh..Nazir Masjid As-Syarif Telok Datok
SEKAPUR SIREH PEMANIS KATA PELEMBUT BICARA
ASSALAMUAALIKUM W.B.T. Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat serta salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh dan kekasih Allah, yang amat mengasihi umatnya serta pemberi syafaat kepada seluruh umat manusia di hari pembalasan kelak.
Hari Raya Eiduladha atau Hari Raya Haji diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Kita amat menantikan ketibaan hari tersebut, walaupun sambutannya tidak semeriah Hari Raya Eidulfitri. Sementara itu, kerajaan pula menganugerahkan cuti untuk memberi peluang kita meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hari Raya Eiduladha diraikan pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ia dikaitkan dengan ibadah haji, kerana umat Islam yang pergi menunaikan haji pada tahun tersebut telah dapat menyempurnakan ibadah haji mereka.
Sebagai umat Islam, kita amat wajar mengetahui bahawa ibadah qurban yang dituntut itu, adalah sebagai memperingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ismail a.s. yang sanggup membenarkan dirinya disembelih oleh Ayahandanya Nabi Ibrahim a.s. atas keyakinan bahawa Ayahandanya telah benar-benar menerima wahyu dari Allah s.w.t.
Menurut sejarah Islam, semasa Nabi Ismail a.s. hendak disembelih oleh Ayahandanya, tanpa diduga Allah s.w.t. telah menggantikannya dengan seekor kibas. Ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail a.s. ini adalah satu tanda keimanan dan ketaqwaan seorang hamba terhadap penciptaNya.
Peristiwa penyembelihan kibas, telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagai ibadah qurban. Sejak itu, setiap tahun seluruh umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah qurban pada Hari Raya Haji sebaik selesai menunaikan solat sunat Eiduladha iaitu pada 10 Zulhijjah. Penyembelihan qurban boleh dilakukan pada hari tasriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan dihukumkan sebagai sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan.
Umat Islam wajar memahamkan bahawa ibadah qurban mempunyai hikmah yang sangat simbolik antaranya :-
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim a.s. yang sangup menyahut perintah Allah s.w.t untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
Memperingati kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap ajaran Nabi Ibrahim a.s. bukan sahaja sebagai bapanya bahkan sebagai pesuruh Allah s.w.t.
Melahirkan rasa syukur terhadap Allah s.w.t. kerana memberi nikmat yang tidak terhingga limpahnya.
Menanamkan perasaan kasih serta sayang dan saling menghormati antara golongan kaya dengan golongan miskin .
Sewajarnya kita mengetahui, setiap tahun penyertaan ibadah qurban semakin meningkat sesuai bertambahnya haiwan sembelihan yang diimpot. Ini menunjukkan ekonomi umat Islam telah semakin berkembang selari dengan peningkatan kefahaman berkait konsep ibadah qurban itu sendiri.
Justeru, saya mengharapkan seluruh ahli dan anak kariah Telok Datok khasnya serta para jemaah amnya, hadirkanlah diri ke program-program ilmu yang dianjurkan oleh masjid, agar kita menjadi umat yang berilmu dan bermaklumat. Beribadah tanpa ilmu ibarat kita berjalan di lorong gelap, teraba-raba mencari arah. Ayuh marilah sama-sama kita beramal dan beribadah dengan panduan ilmu, mudah-mudahan kita tidak tersesat.
“SALAM EIDULADHA, MAAF ZAHIR BATIN DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAH QURBAN”
Sekian, wassalamualikum wbt.
“BERKHIDMAT KERANA ALLAH”
HAJI MOHD ARIF BIN SARING
Nazir Masjid As-Syarif Telok Datok.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























